weeeeeeeeeee

beautiful quotes

Posted by: kimitot on: December 13, 2011

wah lama tak update..hehe
apa2 pun rasa mcm nak sangat share yg ini..today baca satu citer pendek tentang ‘Cinta SMS’
and the ending is so beautiful especially this quote:

My love for you is not of this earth, but of the Heavens
Yet I know it’s not possible, because Heaven is greater
And the greatest of all Heavens, is the one with you in it
For Heaven will not feel heavenly without you, my love

Bacalah di sini: Cinta SMS

Tapi kalau lelaki lah ckp kat pompuan..tp in my case..hmm tatau la bila kan kan :P

Jika Rasulullah ada di kalangan kita..

Posted by: kimitot on: September 22, 2011

kalaulah Al-habib (Nabi Muhammad s.a.w) ada di antara kita..
maka akan hampir kepadanya yg jauh & yg dekat
dairpada ‘Toybah’ (kebaikan) sebelum ia lenyap..
mengharapkan dekat dengannya (al-Habib)

hampir dengannya jiwa rasa tenang
jika kau berdoa pasti diperkenankan-NYA..
cahaya Taha (Nabi Muhammad s.a.w) tidak pernah lenyap
pertemukanlah kami dengannya Ya Mujib

kan ku gadaikan nyawaku wahai Habib (Nabi Muhammad s.a.w)
yang memuliakan gharib (org yg jauh/ tidak dikenali)
berhampiran dengan mu jiwa rasa tenang
wahai Rahmat sekalian alam

Ya Habibi Ya Muhammad
(wahai kekasihku Muhammad)
Ya Tobibi Ya Mumajjad
(wahai penawarku yg dimuliakan)
Anta zul-Fadhlil—muayyad
(kau yang memiliki segala kelebihan)
Jalla man solla ‘alaik
(kemuliaan bagi mereka yg berselawat ke atas mu)

meraikan tetamu

Posted by: kimitot on: September 19, 2011

last friday, hari jumaat yg berkat, 2 kali tetamu datang ke rumah..
sebenarnya agak lama jugak org takde dtg umah aku..except mak dgn ayah le..tu lain la kan hehe
lagipun aku pun tak ajak..hehe
aku suka org datang rumah..kerana tetamu itu kan pembawa rezeki..
tp sejak akhir2 ni..aku lebih suka pegi rumah org so slalu takde kat umah le kan ehehe
rumah pun biasanya tak kemas sgt lah..tak seswai org nk dtg..kem askar bertiga le katakan..hoho

tp friday tu abg aku mai ngan family dia..kelam kabut juga kemas..haha
yg sempat buat cuma goreng keropok..tu pun mujur ada keropok..
dan mujur la mereka dtg..sbb ptg tu kawan dia plak dtg, 4 kereta!
memang takde hidang apa sbb mengejut..so yg ada keropok jugak lah! haha..
alhamdulillah syukur nikmat Allah..

teringat hadis Rasulullah tentang memuliakan tetamu..dan sebenarnya ada banyak juga ek:

Rasulullah SAW bersabda :

1. “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendakla ia memuliakan tamu-tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menjaga hubungan silaturrahimnya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik (benar) atau lebih baik diam.” [HR. Bukhari Muslim]

2. “Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu.” [HR. Dailami dan Anas]

3. “Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut.” [Durratun Nasihin, hal 22]

4. “Barang siapa memberi makan terhadap saudaranya sesama muslim yang sesuai dengan keinginannya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka.” [HR. Hakim]

5. “Sungguh, secepat-cepatnya sedekah yang diterima Allah ialah menghidangkan (oleh seseorang) akan makanan yang baik, kemudian ia suruh saudara-saudaranya untuk menikmatinya.” [HR. Ibnu Abu Dunya]

6. “Sesungguhnya, malaikat selalu mengucapkan selawat atas seseorang, selama hidangannya masih tersedia.” [HR. Hakim dan Tarmizi]

best betul..tetapi segala2nya berbalik pada niat kita menerima/menjemput tetamu tu lah kan..?
mudah2an kita semua dpt barakah dari Allah sempena kunjungan tetamu ke rumah sempena Syawal yg dah di penghujung ini..insyaAllah

membersih debu debu Riba’

Posted by: kimitot on: September 15, 2011

sejak kebelakangan ni asyik dengar hadis2 yang berkisar benda yg sama, yg sangat menakutkan..
ianya tentang riba..ye rasanya semua org Islam tahu riba itu haram,..tp tau tak riba tu dosa besar?
hari ni dengar lagi kat IKIM, ‘riba itu mempunyai TUJUH PULUH TIGA pintu, dan riba yang paling ringan (dosanya) seperti dosa seorang lelaki berzina dengan IBUNYA’ (hadis riwayat Ibu Majah)

oh my..sangat berat timbangan dosanya..and yet kita mcm buat2 tak tahu je..
73 pintu means ada 73 cara seseorang tu boleh terlibat dengan riba..
contoh paling senang pinjaman lah..ada org tak kisah konvensional atau tak; asalkan paling byk benefit..apekah?

lihat pula hadis riwayat Muslim ‘Satu dirham riba, dosanya lebih berat daripada dosa org yg berzina TIGA PULUH ENAM kali!

yg ni pula: Berkata Ibnu Abbas r.a : “ Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya.” [Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224]

malah dalam kitab al Quran pun banyak sangat firman2 Allah s.w.t tentang amaranNya mengenai riba seperti:

Firman Allah S.W.T : “Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu memperoleh keuntungan”. [Surah Al-Imran 130]

Firman Allah S.W.T : “Orang-orang yang mengambil riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan lantaran penyakit gila keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka Berkata, “Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba,” padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti dari mengambil riba, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu sebelum datang larangan; dan urusannya terserah kepada Allah. Orang yang kembali mengambil riba, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka. mereka kekal di dalamnya”. [Surah Al-Baqarah 275]

dan

Firman Allah S.W.T : Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba yang belum dipungut jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan meninggalkan sisa riba, maka ketahuilah, bahwa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat dari pengambilan riba, maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya”. [Surah Al-Baqarah 279].

sumber: http://dawnofcaliphate.blogspot.com/2011/03/amaran-mengenai-riba-dalam-al-quran.html

bayangkanlah Allah dan RasulNya akan memerangi kita!..adoyai..insaf aku..celah mana lagi yg ada riba yg tersisa harus la aku hapuskan cepat2..
bayangkan segala amal ibadat tak diterima!

semoga kita semua dijauhkan dari terlibat dgn riba..suka aku mewar-warkan satu laman yg dah lama tekankan isu riba ini..iaitu laman UZAR (Ust. Zaharuddin)
ada banyak isu yg beliau kupaskan..beliau ni pakar bidang ekonomi..jadi banyak artikel2 beliau menyentuh soal kewangan..
sama2 kita berusaha menjadi hambaNya yang terbaik ya?

Laskar Pelangi

Posted by: kimitot on: September 15, 2011

Malam tadi dia kene gi keje kol 9 mlm..so..i have to stay home..
then ada satu citer di tv oasis..lama dah nk tgk since oasis dah war2kan utk filem syawal ni..
so mlm tadi ada peluang la nk tgk..despite sorang nangis nak aiskrim, sorang nangis sbb yg nak aiskrim tu buli dia, sorang lagi..hmm..dia ni join aku tgk citer ni..
lama2 derang sumer diam la tgk citer ni coz pelakon2 utamanya kanak2..citer ni made in Indonesia ok..

citer ni sangat indah, sangat touching..
kisah 10 kanak2 miskin dan ada yg yatim..yg bersekolah di pondok buruk..ada 2 cikgu aje..
kisah mereka masuk bertanding persembahan dgn skolah org2 kaya, dan kisah mereka masuk pertandingan IQ..
memang best..
sorang budak ni genius math..tp duduk sangat jauh dari skolah..tiap2 hari naik basikal..merentas hutan kemudian kene lalu satu kawasan yg ada buaya..
kimi pun pelik kenapa semua org naik basikal dalam citer ni hehe..
pastu kat skolah ni mereka bljr macam2..bljr solat, rukun2 islam/iman, geografi, sains..
paling sadis, bljr math- skolah lain blajar guna kalkulator, bebudak ni blajar kira guna kayu mcm lidi tu!
ada satu scene, bebudak ni pegi tepi pantai..nampak pelangi..
kemudian sorang budak ni bley terangkan bagaimana pelangi tu terbentuk..dan bgtau apa warna2 yg ada pada pelangi..
lepas tu time pertandingan persembahan pulak..budak2 ni tatau nk buat apa..yela dah la skolah jauh terpencil..
last2 budak yg slalu ‘melekat’ dgn radio ni ada idea persembahan yg sangat2 kreatif dan menarik..! hebat..
then cikgu yg slalu ajar kisah2 nabi satu hari meninggal dunia..
semua bebudak sedih sampai takde mood nk g skolah..
so budak yg genius tu bersemangat nk bljr..dia ajak kawan dia sorang lagi ni cari budak2 lain..lps tu dia sendiri yg mengajar budak2 tu..hebat la lintang ni!
then masa kuiz IQ tu, masa soalan math Lintang ni kira dalam otak je..pantas jawab..
yg sadisnya balik dari kuiz tu, dia nk tunjuk sijil cemerlang dia kt ayah dia (mak dia dh meninggal)..tp rupa2nya ayah dia pun meninggal (aku rasa kene makan dgn buaya tu kot?)
so dia tak dpt teruskan pelajaran, kene jaga adik kecik dia..
oh satu lagi kawan dia tanya dia ttg satu gamba ni, Lintang kata tu menara Eifel, terletak di kota Paris, tempat orang2 yg pandai dan berjaya..

akhirnya kawan dia berjaya dlm pelajaran (masa ni dh besar) dan dia balik kg cari Lintang..Lintang masa ni ada anak pompuan yg sangat bersemangat dalam pelajaran dan pandai mcm dia (dia keje kat kedai kopi aje)..kawan Lintang ni bgtau yg dia dpt keje kat PARIS! :)

*ada scene bebudak ni nyanyi lagu ‘Bunga Seroja’ sangat lawak lah..haha
*klik picture tu utk another point of view of this movie..

last skali lagu Laskar Pelangi by Nidji..which is I heard before masa training dgn Dr Lawrence..lirik dia sangat best dan lagu dia mmg beautiful pun:

mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya
selamanya

*info lanjut: http://id.wikipedia.org/wiki/Laskar_Pelangi
*Lintang mengayuh basikal sejauh 80km setiap hari utk ke skolah..kita? ank kita? despite that, anak2 ni masih bersemangat nk timba ilmu..

birthday before and after

Posted by: kimitot on: September 8, 2011

Tujuh haribulan september, saya pegi keje lambat. sampai depan selekoh sebelum masuk jalanraya besar LDP, sebuah lori melanggar kereta saya…huhu

untuk makan malam saya masak lomak cili api..tangan pedas2 tak berani nak sentuh budak2 and sentuh mata..

telepon encek suami, dia kata taktau balik pukul berapa kerana ada server crash :( (

saya terpaksa tidak menghadirkan diri ke majlis ilmu..

jam 9mlm bos telepon, katanya dia dan bos besar mencalonkan saya sebagai expertise system..dan bagi tugasan utk challege esok hari..oh my..inilah hadiah bday saya ye..

bila jam 9.30mlm encek tak balik2 lagi, saya bagi budak2 makan meehoon sup yg dipanaskan..

pukul 10.30 malam, masih belum balik saya pun makan nasi walaupun tak lapar..

tak sangka masak lomak tu super sedap haha

lepas itu terima kasih kepada hakimi, hariz dan hanif kerana membuat saya exercise sampai berpeluh di malam hari dengan mengelap lantai yg tumpah biskut arab, air milo dan tah hape2 lagi..

pada jam 11 malam saya pun buat brownies yg sebenarnya encek suami kata nak buatkan utk saya..

sambil brownies masak, saya pun solat isyak dan solat sunat. lepas tu saya mandi..ingatkan nak tidurkan hariz dan hanif yg masih main2 tp kerana tangga sangat semak, saya pun menyapu la dulu..

lapan haribulan september..brownies dah masak (seperti gambar di atas)..alhamdulillah

saya pun duduk depan laptop tengok org solat isyak di makkah..

jam 1 lebih encek suami pun balik..salam tangan saya dan mengucapkan ‘happy birthday’..apekah?

saya pun suruh dia makan nasi, dan dia tambah 2 kali sbb lauk masak lomak tu sedap haha

sekian hari birthday saya yg ke 23 tahun :)

apa2 pun..syukur Allah memanjangkan umurku sehingga hari ini dengan memberi terlampau banyak nikmat..terima kasih Allah atas segala cabaran dan dugaan yang membuktikan Kau sayang akan diriku yg lemah ini..terima kasih ya Allah sepanjang hidup ini Kau pertemukan aku dengan org2 baik dan hebat sbg perantara utk memimpin aku agar tetap di jalanMu..alhamdulillah

raya 2011

Posted by: kimitot on: September 5, 2011

wah..dah raya ye? alhamdulillah setelah habis 1 syawal baru rasa raya..

kalau tak..mcm tak caya Ramadhan dah habis..aku dpt puasa sampai 25 Ramadhan je..alhamdulillah Allah beri kesempatan pada aku mengharung Ramadhan dan mengecapi nikmatnya Ramadhan itu..

syawal hari kemenangan..tpi kemenangan yg bagaimana? banyak kali berfikir layakkah aku menyambutnya..membuatkan persiapan raya kali ni sekadarnya lah..biasa2 je..tp budak2 tetap happy mcm biasa, extra for kimi sb dia mula excited nk g raya rumah org sbb dpt duit raya..hoho..

thn ni giliran balik ke Melaka..so sabtu 27/8 gerak balik..plan utk balik tengahari..mmg agak stress kalau plan tu tak berapa nk jadik kan..at last kluar rumah kol 3 lebih..amik man, singgah nilai 3 beli kepek yg mak request tu..lps tu baru teringat rendang paste tertinggal kat umah..bestnye..kene le patah balik..

sampai melaka jam 5ptg lebih sikit..alhamdulillah la…dpt berbuka dgn parents..

esok g amik cupcakes dari yulie sedapppp..

kemudian aku tertido..tido mcm org tak penah tido 2 malam..pengsan!

kol 2 ke 3 kot aku terbangun..ajak mak g mydin..beli kamera yey! lps tu beli seluar jeans hanif, then beli kaler pensel utk bebudak..while mak beli buku2 utk cecucu dia..balik kelam kabut masak sambal udang dan goreng ayam, myn + family dtg berbuka sama..

then isnin, nothing to do except masak rendang, nasik impit and keluarkan pinggan mangkuk utk org yg nk dtg takbir malam ni..

kempunan nak dengar org bertakbir, bertahmid dan bertasbih..hmm

ingatkan nk dgr dari makkah..thru utube le..tp tertido..

before that org2 masjid dtg takbir jam 2330 mcm tu..so mmg ngantuk giler..mujur bebudak dah tido time tu dan baju pun dah siap gosok..

sok pagi bangun pepagi utk basuh pinggan mangkuk gelas yg smlm punya..

ayah pun balik jam 0200 katanya..so dia penat sangat..yelah badan pun tak larat di usia 60++..

aku sangat bz sampai tak dengar takbir raya pun..adeh~ sedih kan..so masa basuh pinggan mangkuk tu aku bertakbir sendiri lah..org sumer takde pegi masjid le..adik aku yg pompuan tu plak tatau la kol wape dia bangun..

lepas dah mandikan bebudak, tangkap gamba kimi ni:

sesi bermaaf-maafan tu on the way mcm tu la..the difference is thn ni ayah pun ada duit raya juga..thn2 seblum ni aku bagi sumer kat mak..lps tu kami lepak kat dpn laptop tgk solat sunat aidilfitri live dari kota makkah, thru utube lagi..best..rindu..dan mcm2 lagi..

then myn + family datang..lepas tu adik beradik kak maz dtg..oh before that ada bebudak jiran seblah dtg..

kami tangkap gamba family pun mcm kelam kabut..one more thing, hariz demam teruk la..tak kebah2 ..hari tu hari ke 3 dia demam..

 

then plan utk gerak ke KL lps zuhur mcm terkubur mcm tu je..lps kekemas..kol 3.30 baru gerak..tu pun aku ajak razi kuar dulu koz nk cari klinik..alhamdulillah ada bukak klinik india tu..dia masukkan ubat demam + muntah thru backside..banyak giler ubat dia bagi..rm35 sumer..huhu..tak kisah lah..

then gerak ke bangi umah mak mentua..

arrive @bangi jam 6 ptg mcm tu..lewat betul..lps makan2 dan bermaaf-maafan gerak ke sri petaling plak..

sempat la jumpa kak chik & family, k-rol & family, zubir & family, pah, makchu & family, makchah and couzins yg lain..

kelakar sbb kami paling last sampai..lps solat isyak baru gerak balik umah aku yey!

esoknya g ipoh, yg sepatutnya gerak pagi..tp kol 3ptg baru bergerak haha..ok le kan better kan sbb awal stengah jam dr smlm kan kan..hahah

so sampai ipoh dalam kol 5 kot..terus ke gurab..kuburan atok seblah ayah and nenek seblah mak..

then ke buntong umah acu nora..mlm tu ke umah acik izah kat simpang pulai, lps tu ke umah uncle ajak..kat pulai gak..jumpa kazenku wati kat situ..

masa ni rasanya kol 11 mlm kot..tp bebudak ni mcm energy yg forever n ever je..tak ngantuk ke…

then esok pagi ke umah mak mentua acu..time gerak adalah better ye dari haritu iaitu jam 11 haha..

sedara2 lain tiada di rumah..so sebelum ke umah joe, gi umah tok ri dulu..dua2 kat meru

then kat umah joe, tunggu makteh dtg..aku bajet tido dulu takut ngantuk dlm perjalanan ke tepeng..

lps tu ke taiping umah kawan adik aku..time ni jalan tak jem, jam menunjukkan pukul 4 lebih..

sampai umah tepeng jam 5 rasanya..oh hariz mengamuk ye masa ni..agak stress lah..

lps mkn2..balik ikut jalan lama..arrive @ jelapang jam 9.30mlm..jem juga..

then terus ke puchong (umah aku lagi yey!) arrive @0130..penatnye le sbb jalan jem!

then esok terbangun kol 10! haha..masak2 lps tu lps org balik solat jumaat baru makan2..then kol 4 ke 5 camtu gerak balik ke melaka..

then mlm tu g umah fitri (kawan masa g umrah) ..end up mak aku seronok cerita pasal skolah teknik dgn ayah fitri! hihi..

tp best la..enjoy..

esok g plak umah baru myn..sangat cantik ok..lps tu ke rumah kak peah (kwn umrah jugak) ..jumpa hj adenan kat sini..sambung lagi citer teknik hihi..tp mostly citer pasal g haji n umrah lah..

then hj din sampai..kami pun balik..masa ni bebudak pun dah buat onar kat laman umah encek jamaaalll..haishh..sabo je aku..

balik umah prepare utk balik dgn berkoyan baju baru basuh huhuhu..

esok balik ke puchong, terus ke agensi..settle kan apa2 yg patut dan balik umah sampai kol 3 ptg..

tido jam..pastu g taman permainan..hanif jatuh buai..haish..abeh berjanggut budak tu..siyan dia..

mlm tu kami g beraya rumah kak mira..sampai umah kol 10.30 alhamdulillah..

selesai bahagian pertama raya hehe..

apa2 pun selamat hari raya, maaf zahir dan batin..semoga kita dapat bertemu dgn Ramadhan dan Syawal sekali lagi dalam keadaan sihat walafiat di samping orang2 yang tersayang..

 

*klik gambar utk imej lebih besar

Lau Kana Bainana

Posted by: kimitot on: August 15, 2011

لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب
وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين

If the beloved were among us
Those from far & near will come to him
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him

In His company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha will not cease to exist

Oh You who answers prayer please fulfill our hope to meet him
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved
Muhammad honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (s.a.w)

http://khairulidham.blogspot.com/2010/02/lau-kana-bainana-habib.html

Lagu ni dari rancangan TV kat Arab Saudi, tajuknya Lau Kana Bainana (Andai kau berada di kalangan kami)
Berkisar ‘sekiranya Rasulullah s.a.w berada di kalangan kita, di hadapan kita..apa yg akan kita katakan/lakukan?’
ada banyak peristiwa2/situasi2 yg pengacara ni approach org dan menyatakan kesalahan2 mereka, dan jika Rasulullah s.a.w ada apa pula komen Baginda..?
Rancangan ni buat aku mengalir air mata setiap kali aku tengok..
oh ye kat TV Hijrah (astro #114) 0530 hrs..so sambil sahur la jugak tgk..

sesungguhnya perjalanan aku ke dua tanah haram banyak menyingkap sirah Rasul, perjalanan baginda dan disampaikan dengan sangat2 berkesan..bukan seperti biasa..alhamdulillah..

Travelog bhg 7

Posted by: kimitot on: August 15, 2011

Mudah2an ini bhg yg terakhir ye :)
Menulis ini semata-mata utk aku baca dan menggambarkan semula agar kenangan segar di ingatan ..
—-
Sebelum berangkat ke Madinah, ust Rafie memberi sedikit tazkirah sebelum berpisah..
antara isi2nya..
- doa ibubapa sangat2 penting, ianya mengimbangi doa 70 org wali
- doa seorang ayah untuk kebaikan anak cepat makbul manakala doa seorang ibu utk keburukan anak cepat makbul (berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan jangan sekali kali mengecilkan hati ibu kita)
- selalu lah berdoa utk ibu bapa (rabbighfirli..) sebanyak 5 kali usai solat

dan dia juga berpesan, org yg sedang menuntut ilmu banyak dugaannya, lalu tidak perlu kisah tentang org2 yang bercakap buruk pasal kita kerana jika satu dunia pun bercakap pasal kita rezeki kita tak bertambah atau berkurang pun..

satu lagi..disarankan baca ‘Inna anzalna..’ sambil tangan letak di dada kiri anak perempuan kita supaya mengelakkan dia dari godaan zina..
‘alam nasyrah..’ pula sebelah kanan supaya mudah mengingat pelajaran (bila nk exam) (lelaki/perempuan)
Kurangkan makan, kurangkan kawan dan kurangkan tidur (khas utk pelajar tahfiz, umum utk semua)

juga jika kita sering berkata/berbuat perkara yg sia-sia:
- rezeki akan berkurang
- harta akan berkurang
- hati menjadi lebih keras
- nak beribadah pun malas
jadi elakkanlah yg sia-sia tu..

dan sangat selalu dia sebut ini: “Pemimpin itu cuma pembantu”..kaji lah maksud tersirat tu :)
terima kasih ya ustaz, terasa sangat keikhlasan dalam setiap ilmu yg disampaikan..
syukur ya Allah, Kau telah menyusun pertemuan kami dengan yg terbaik..sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik utk kami..alhamdulillah..

—-
ok bersambung kisah masjidil nabawi..
usai solat maghrib isyak, aku mengucapkan salam kepada Rasulullah dari jauh..
juga menyampaikan salam ibubapa, adik beradik dan kawan2 kepada baginda s.a.w..

Kami duduk di hotel Fayrouz Syatta..terlalu dekat dengan masjid..alhamdulillah..
sekali lagi duduk asing dengan yang lain..bilik 704..alhamdulillah..
fitri kata “honeymoon lagi” hoho
di sini, cateringnya berkongsi dgn agensi lain dari indon..protokol katanya..
juga diwar-warkan masuk ke kawasan Raudhah iaitu kawasan sebelah makam Rasulullah s.a.w dan para sahabat (bagi wanita):
- lepas subuh
- lepas zuhr
- lepas isyak

22 July
Hari ni ada ziarah luar (Masjid Quba, etc)
Mutawif kami aku tak ingat namanya..bleh? hehe
tapi katanya dah 14 thn duduk di Madinah, dan pastinya banyak betul ilmu2 dan rahsia2 kota Madinah yang dia tahu hehe..
beliau menjelaskan maksud al-Munawarah itu bermaksud ‘yang bercahaya dan yang memberi cahaya’ wow..hebat..
cuaca di Madinah paling rendah adalah 12 darjah celcius dan paling tinggi boleh mencecah 60 darjah celcius..wow
sememangnya kota ini lain dari Makkah, lain benar kerana sini lebih tenang..
dan Rasulullah pernah bersabda lebih krg maksudnya ‘Madinah itu lebih baik dari Makkah seandainya seseorang itu mengetahui rahsia2 di madinah..’

Masjid Quba adalah masjid pertama dalam Islam, kawasan di sini udaranya bersih. Sebab itu di kawasan ini banyaknya lah ladang kurma..dan memang ada hadis Rasulullah s.a.w di mana sesiapa yang dari rumahnya berwudhu’ kemudian solat di masjid Quba’ pahalanya bersamaan satu kali umrah..masyaAllah..best..

Kami ada lalu di tepi sebuah bukit yang hitam, kesan api terbakar di sini. Apinya sangat marak sangat2 bertepatan dgn hadis Rasulullah yg diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW pernah bersabda, “Hari kiamat tidak akan tiba sebelum munculnya api di tanah Hijaz yang akan melemparkan cahaya yang terlihat dari leher-leher unta di Bushrah.” (9:234-S.A)..
boleh refer di sini: http://abuumair1.wordpress.com/soal-jawab/al-quran-dan-hadis/02-029/

hebat dan sangat menakutkan ok..itu terjadi pada tahun 654H..hampir 800 thn yg lalu! sekarang ni? sesungguhnya kita sedang berada di akhir zaman..byk dah tanda2 kiamat..masyaAllah..

Seterusnya destinasi kami ke Jabal Uhud, di mana terletaknya perkuburan para syuhada’ yg telah terkorban semasa perang Uhud..
menariknya ust menerangkan ttg peristiwa peperangan ini dari atas ‘Bukit Pemanah’..bukit ini adalah lokasi pasukan pemanah yg diarahkan Rasulullah supaya stay atas bukit ni walau apa pun yg berlaku..beliau menunjukkan lokasi para musyrikin mekah, kedudukan pasukan perang muslimin, dan bagaimana pasukan Khalid al-khuwailid (yg ketika itu belum memeluk Islam) take over ‘Bukit Pemanah’ ini setelah pasukan pemanah turun mendapatkan harta rampasan perang (al-ghonimah) yg ditinggalkan oleh pasukan musyrikin..

satu lagi fakta menarik..jabal uhud ini jika dilihat di satelit..membentuk kalimah ‘Muhammad’..subhanallah!
sepertimana hadis Rasulullah s.a.w ‘Uhud mencintai aku, dan aku mencintai Uhud’..*speechless*
boleh tgk kat sini: http://lisanaldin.blogspot.com/2010/06/muhammad-on-uhud.html

Pada tahun kedua Hijrah, (setahun slps Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah) byk peristiwa2 penting berlaku:
- perlaksanaan puasa di bulan Ramadhan
- banyak perang terjadi
- pertukaran kiblat
- diwajibkan zakat ke atas org2 muslim
- hari raya eid fitr

lepas tu gerak balik hotel utk bersiap ke masjid utk solat jumaat..

esok punya ziarah ada byk lagi kisah nabi yg ust citer..

mlm tu ada lagi ziarah..iaitu ziarah dalam (kawasan masjid) ..jadi plan nk masuk Raudhah tu igtkan lps ziarah la..
kami berkumpul di lobi hotel dan ikut ust ke kwsn hadapan masjid (ada kubah hijau)
Di bawah kubah hijau itulah terletaknya makam Rasulullah s.a.w, kemudian sebelah kirinya Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a, dan kiri lagi Saidina Umar al-khattab r.a. Dan juga ada ruang kosong di sebelah makam Rasulullah utk Nabi Isa a.s.

Kemudian di hadapan kawasan masjid ini ada satu tempat namanya Perkuburan Baqi’ di mana bersemadinya jasad Saidatina Siti ‘Aisyah bt Abu Bakr r.a, isteri Rasulullah s.a.w, sahabat baginda Saidina Uthman r.a, para isteri baginda yg lain dan sahabat2 lain..
selepas berdoa, Hj Sham bawa jemaah perempuan ke pintu masuk perempuan utk ke Raudhah, manakala ust bersama jemaah lelaki ke makam Rasulullah..
sedihnya masa tu, sebab makgad dah tak bagi masuk..jadi frust juga..nk g shopping pun duit tader huhu
so tunggu kat lobi hotel je lah..
ada antara jemaah kami (perempuan) yg dah awal2 join utk tunggu turn nak masuk (dorang tak join ziarah tadi)..so tunggu punya tunggu sampai kol 12 baru balik..huhu..
tetiba sayu bila k.pah tanya aku ‘awak dapat masuk?’ oh my..

23 July
Harini rezeki kami..dpt g masjid Quba’ sekali lagi..dapat masuk ladang kurma sekali lagi..kali ni dpt mkn kurma fresh baru petik dari pokok huhu..best..
laluan seterusnya ke Jabal Magnet kemudian ke Mushaf Quran (kilang cetak quran) dan last skali pasar kurma..

Ust memulakan tazkirah haritu dgn menjelaskan Madinah menjadi tanah haram kerana doa dari Rasulullah s.a.w..
Baginda juga mendoakan supaya di Madinah keberkatannya lebih dari Makkah walaupun di Makkah banyak pahalanya..
so apa2 yg kita beli di Madinah lebih berkat dari beli di Makkah :)

kali ni ada cerita tambahan ttg masjid Quba’..
Sebelah masjid Quba dulunya ada satu masjid (masjid Diroroh) yg sengaja dibina oleh org2 yahudi utk mengelirukan dan memecahbelahkan umat Islam.
Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w supaya jgn sekali kali masuk ke masjid itu selama-lamanya, lalu Rasulullah s.a.w mengarahkan para sahabat untuk menghancurkan dan membakar masjid itu..di sini kita lihat, betapa tegasnya Rasulullah s.a.w menangani orang2 yg cuba mempermainkan agama Islam..
kemudian dahulunya di hadapan masjid Quba’ ada sebuah telaga (skarang ni kolam air), di mana cincin mohor Rasulullah s.a.w terjatuh sewaktu digunakan oleh Saidina Uthman, dan sampai skrg tak jumpa..

maaf la citer macam takde kesinambungan hehe..
ust cerita tentang hari Isnin..
- Rasulullah s.a.w dilahirkan pada hari Isnin
- turun wahyu pertama pada hari Isnin
- Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah pada hari Isnin dan tiba di Madinah hari Isnin juga

dan Rasulullah s.a.w meraikan hari kelahirannya dgn berpuasa pada setiap hari Isnin..
so jika baginda sendiri meraikan maulidnya..kita bagaimana?

Sambungan cerita jabal uhud..
ketika Saidina Hamzah r.a hendak dikebumikan di Perkuburan Baqi’, Jabal Uhud bergegar..
lalu Rasulullah s.a.w bertanya kenapa ia bergegar, dan Uhud menjawab yang dia nak ikut di mana Saidina Hamzah dikebumikan..
Kemudian ada satu peristiwa di mana Uhud bergegar lagi sewaktu Rasulullah s.a.w pergi menziarah para syuhada’ bersama Saidina Abu Bakr r.a, Saidina Umar r.a dan Saidina Uthman r.a..
maka Rasulullah s.a.w menghentak kakinya dan bersabda ‘Diamlah kamu wahai Uhud, di atas kamu ini adalah seorang Nabi dan para syuhada’..slps tu Uhud pun berdiam..
masyaAllah..cintanya dia pada ahli syuhada’..

Semasa perjalanan ke Jabal Magnet, ust menerangkan laluan yg kami ikut itu adalah laluan Rasulullah dan para sahabat semasa menuju ke Tabuk utk berperang dgn org2 Rom..
sepanjang perjalanan org2 munafik berdiri di tepi2 jalan cuba mempengaruhi pasukan perang ini utk tidak turut serta..
Pasukan tentera ketika ini dipanggil Jaisyul Usrah (Tentera dalam keadaan kesulitan) kerana:
- waktu itu musim panas
- waktu itu juga musim kurma berbuah
- perjalanan ke Tabuk sangat jauh iaitu kira2 800km

tetapi dgn iman yg teguh mereka meneruskan perjalanan..Saidina Uthman b. Affan r.a. juga menginfakkan hartanya sebanyak 300 ekor unta dan 900 dinar..
Ketika tentera dah kelaparan, Rasulullah s.a.w. pun berdoa lalu keluarlah air dari celah jari baginda..masyaAllah!
Air yang mengalir itu cukup utk semua org (30 ribu tentera), makanan pun cukup..hebat..

Tambahan dari ust, sebaik-baik air adalah air yg keluar dari celah jari Rasulullah s.a.w, kemudian air zam-zam dan air dari telaga al-kauthar..masyaAllah..

Jabal Magnet ini terletak berhampiran dgn laluan Rasulullah s.a.w dan tentera2 ke Tabuk..dan diketahui ttg keajaibannya pada thn 2003..
Hanya ada pokok Khausyah aje yg hidup area ni..pokok ni kadang2 dipanggil pokok dari neraka kerna pohonnya yg berduri..
org pakistan menggelar Jabal Magnet ini Jabal Jin..

di kawasan ini ada medan magnet yg mampu ‘menolak’ bas meluncur laju sehingga 140km/j! tanpa bantuan enjin..
kat kawasan ni ada bukit yg ada shade batu membentuk ‘Lam lam ha’ — lillah..dan kalau perhati betul2 di permukaan bukit ini ada batu2 putih membentuk perkataaan ‘Allah’

lepas makan aiskrim kat sini, kami ke pasar kurma..beli la kurma ajwa dgn kurma anbar..
lps tu balik segera ke hotel sbb nk siap utk solat zuhr..
lps zuhr dah plan dgn kak peah utk masuk Raudhah..
so lps zuhr, kami berkumpul kat org yg pegang signbod ‘Bahasa Malayu’..:)
sebab group kami kecik..so dpt la masuk Raudhah awal..alhamdulillah..kol 3.30 dah balik hotel balik..
mkn roti je..
petang tu lepas asar beli ayam goreng, SR12: 4 ketul ayam + fries + 2 keping roti nan
aku je yg mkn lebeh (kes tak makan nasik tengahari) huhu sedapp..

mlm tu berkumpul utk masuk Raudhah utk ziarah wida’ pula..kerana esok dah nak balik mesia..
kejapnya..’

lepas solat isyak aku dgn kak peah pun mencari2 kat mana org yg bawa papan tanda ‘Bahasa Malayu’ tu..
lepas tu jumpa Diana + ibunya, lps tu tgh duduk2 tunggu giliran nampak kak pah..
kami tunggu lama juga..walaupun Raudhah di depan mata, tapi kene duduk dulu lah..
ramainya la umat masa tu..berbanding waktu zuhr tadi..
aku amik peluang menunggu lama tu utk lebih menikmati tiang2, struktur bangunan masjid lama masjid nabawi (kawasan berkubah hijau dan sekitar) serta makam Rasulullah s.a.w sendiri..
lamanya tunggu situ sampai rasa mcm kene subuh kat situ plak haha..
kol 0100 alhamdulillah dapat masuk..ganjaran utk org bersabar menunggu giliran..Allah lebih mengetahui..
nak berdoa dan bersolat pun sangat selesa sbb banyak tempat kosong..maklum la kami yang terakhir masuk ke Raudhah..
dok situ sampai kene halau haha..
balik hotel tido kejap aje le sbb subuh kol 0430 kan..kol 3 dh bangun..solat subuh dan keluar masjid lewat sikit sbb tunggu dia pegi buat ziarah wida’..
then balik bilik kemas apa2 yg patut, turun tp bas tak sampai lagi..huhu..
ngantuk takley kata la..sampai 0830 baru bas ada dan bergerak ke masjid terapung, Jeddah..
solat zuhr+asar, berkelah tepi laut mkn nasik+ayam bakar..sedap..alhamdulillah..

kali ni kami ke airport international plak..tp alhamdulillah tader apa2 problem..flight jam 1810 dan tiba di Malaysia esoknya jam 1000..

alhamdulillah selesai sudah perjalanan aku sbg tetamu Allah dan tetamu Rasulullah s.a.w..permulaan yg lancar dan penyudah pun lancar..
dan sesungguhnya terlalu berbeza pengalaman yg lalu dgn yg terkini, bukan saja dari segi pembangunan yg berlaku sekitar masjidil haram..tetapi kali ni pergi dgn ilmu dan pengalaman kawan2 terutamanya Hjh Ramlah, membuatkan aku lebih menghayati setiap pengisian ibadah di sana..lebih2 lagi banyak hajat dan kemusykilan yg aku bawa, yg aku perlukan kepastian..sesungguhnya perjalanan kali ini terlalu bermakna setelah hampir 10 thn aku tidak menatap kaabah dgn mata kepala sendiri..
diri ini terasa begitu kerdil, tetapi terasa Allah itu sangat dekat, Maha Mendengar rintihan hambaNya, Maha Lemah Lembut, Maha Pengampun..masyaAllah..terasa begitu besarnya nikmat yg Allah dah kurniakan..di sebalik segala kesulitan yg aku hadapi sejak akhir2 ini..sungguh benarlah..setiap musibah/ujian itu Allah beri pertolongan, ada hikmah di sebaliknya..dan Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk aku..

Syukur Allah beri peluang aku dan dia ke sana..

Travelog bhg 6

Posted by: kimitot on: August 7, 2011

20 July
Hari terakhir utk buat umrah..kebetulan kami aje yg nk buat haha..
momantai..bley je..buat ibadah bukan kerana orang kan..
so ust tolong carikan cab..bila dah kami aje yg bersama ust, aku amik kesempatan utk tanya macam2..especially yg menjadi kemusykilan besar kerana berkait dgn siapa yg aku harus percaya dan ikut..
sesungguhnya hati kecil itu adalah gerak dari Allah. Dia memberitahu melalui petunjuk2 kecil yg dtg dari rasa hati kecil.
Aku cuma perlu kepastian dari org yg lebih berilmu sahaja..insyaAllah..
dan kami juga belajar satu benda..jika berzikir..elok dgn tasbih kerana para malaikat turut mendoakan kita (walaupun hanya letak dlm poket)..tasbih itu juga akan jadi saksi kita di akhirat nanti..tp dgn syarat, tasbih tu diperbuat dari benda yg hidup, yg ada roh spt batu, kayu dll..

satu lagi ust kata bila kita masuk ke masjidil haram, seeloknya terus melakukan tawaf sunat kerana itu adalah ‘solat tahyatul masjid’ bg sesiapa yg memasuki al-haram..

ok alhamdulillah settle umrah jam 0915..

hari ni lps asar kami g lagi skali ke BD utk beli choc galaxy lagi utk bw balik plak..
sebelum tu ke saffa tower…wahhh banyaknye salee..memang best huhu

21 July
Hari ni hari terakhir kami di Makkah menjadi tetamuNya..taklimat hj sham semalam, tawaf wida’ adalah slps solat zuhr slps tu terus naik bas ke Madinah..
so kami plan nk iktikaf di masjid sampai waktu dhuha, lps tu buat tawaf sunat baru la balik utk bw turun beg besar kol 10pg..
tapi perancangan Allah mengatasi segala galanya..
lps subuh tu kami ke bawah..lepak kat kwsn yg boleh tengok kaabah sambil duduk haha
kalau kat atas nk tgk kaabah kene berdiri..
sambil tgk kaabah tu doa la macam2, kan jap lagi nk balik dah..tah bila bley tgk kaabah lagi..
rasa rindu dah menerjah dalam hati ni..
jam 0700 kami pun solat dhuha..pastu dah sakit perut (sebelum ni mkn byoung pagi huhu)
masa ni pun tgk kat dataran tu ramai lagi org..tak konfiden leh habis cpt..
jadi dgn berat hati aku ajak dia balik..dgn dia pun sakit perut hoho

so balik, kemas2 beg dan bawa turun kol 1000..sebenarnya kan..hj sham kata letak beg dpn pintu bilik ahahha
bila dh kat bawah, takde pun beg org lain..kitorang pun tunggu la..
pastu nampak hj sham, ust rafie dgn mursyid bw turun beg2 haha..
so lepak kejap kat situ..borak2 dgn hj sham & ust..mcm2 citer keluar..
siap kene perli sbb tak dgr ckp pasal beg tu hahaha..
pastu 1100 lunch kan..jadi g lunch dulu la..aku dah risau..sempat ke nk tawaf sunat..kerana nk buat jugakkk
dia kata insyaAllah sempat..
ok lps makan, naik ke bilik utk renew wudhu’ then pegi ke masjid..
masa ni mmg org tak ramai..tp ada lagi stengah jam utk zuhr..
jadi kami mulakan tawaf sunat terakhir utk hari tu..habis pusingan yg ke 5 dia suruh stand by utk solat zuhr sb masa ni pakgad mmg dh suruh2 org standby..dah azan la pun..
alhamdulillah atas belas ihsan Allah jua, hari terakhir dpt aku solat fardhu di dataran..walaupun panas terik aku tak kisah la..sbb..kaabah tersergam indah di depan mata nih..
lps zuhr terus cari dia kat tpt yg dijanjikan..dpt la tgk live beberapa jenazah diusung dari dataran tu keluar masjid..
kami sambung lagi 2 pusingan dan seterusnya terus buat tawaf wida’..
air mata menjadi peneman setia sepanjang 7 pusingan tu..berdoa di multazam dan solat sunat di blkg maqam ibrahim..
“Ya Allah..aku merayu padaMu..jemputlah aku lagi ya Allah..jgn pinggirkan aku ya Allah..jemputlah aku lagi ya Allah..kasihanlah aku ya Allah”
aku terlalu bersyukur kerana terlampau banyak nikmat yg Allah beri sepanjang perjalanan dan sepanjang berada di kota suci ini..
terlalu banyak yg aku telah lalui tetapi tidak terbanding dgn nikmat berada di sini..terasa Allah itu sangat dekat..sungguh terasa kasih sayangNya melimpah ruah..masyaAllah..Dia yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk aku..
dan telah mengaturkan yg terbaik utk ku masyaAllah..
….
usai solat, kami naik ke atas..kemudian berhenti seketika..memandang kaabah buat kali terakhir, tp aku berazam utk datang lagi..terima kasih ya Allah..

tiba di luar masjid, nampak acik tom tgh tunggu suaminya..masa ni kami jumpa ust dgn hj adenan & family.
acik tom minta ust utk tolong suaminya, sbb nk gunakan wheelchair..
so ust minta bantuan kawannya..tunggu la kejap..mcm miracle lak..keluar masjid jumpa en Jamaal & wife, tunggu jap g en khalid & wife..lps kwn ust sampai baru lps tu bergerak balik ke hotel..

Kami naik bas ke Madinah jam 1530 dan tiba di kota yang penuh barokah itu jam 2100 alhamdulillah..
dah sudah pasti aku tak sabar nk solat dlm masjid Rasulullah s.a.w itu..spt tuan rumah dah tertunggu mana tetamunya ni ha..so solat maghrib & isyak di sana..
“assalamualaika ya Rasul Allah, ya habib Allah..”

 

March 2012
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1 other follower

del.icio.us

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.