Posted by: kimitot on: September 19, 2011
last friday, hari jumaat yg berkat, 2 kali tetamu datang ke rumah..
sebenarnya agak lama jugak org takde dtg umah aku..except mak dgn ayah le..tu lain la kan hehe
lagipun aku pun tak ajak..hehe
aku suka org datang rumah..kerana tetamu itu kan pembawa rezeki..
tp sejak akhir2 ni..aku lebih suka pegi rumah org so slalu takde kat umah le kan ehehe
rumah pun biasanya tak kemas sgt lah..tak seswai org nk dtg..kem askar bertiga le katakan..hoho
tp friday tu abg aku mai ngan family dia..kelam kabut juga kemas..haha
yg sempat buat cuma goreng keropok..tu pun mujur ada keropok..
dan mujur la mereka dtg..sbb ptg tu kawan dia plak dtg, 4 kereta!
memang takde hidang apa sbb mengejut..so yg ada keropok jugak lah! haha..
alhamdulillah syukur nikmat Allah..
teringat hadis Rasulullah tentang memuliakan tetamu..dan sebenarnya ada banyak juga ek:
Rasulullah SAW bersabda :
1. “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendakla ia memuliakan tamu-tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menjaga hubungan silaturrahimnya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik (benar) atau lebih baik diam.” [HR. Bukhari Muslim]
2. “Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu.” [HR. Dailami dan Anas]
3. “Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut.” [Durratun Nasihin, hal 22]
4. “Barang siapa memberi makan terhadap saudaranya sesama muslim yang sesuai dengan keinginannya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka.” [HR. Hakim]
5. “Sungguh, secepat-cepatnya sedekah yang diterima Allah ialah menghidangkan (oleh seseorang) akan makanan yang baik, kemudian ia suruh saudara-saudaranya untuk menikmatinya.” [HR. Ibnu Abu Dunya]
6. “Sesungguhnya, malaikat selalu mengucapkan selawat atas seseorang, selama hidangannya masih tersedia.” [HR. Hakim dan Tarmizi]
best betul..tetapi segala2nya berbalik pada niat kita menerima/menjemput tetamu tu lah kan..?
mudah2an kita semua dpt barakah dari Allah sempena kunjungan tetamu ke rumah sempena Syawal yg dah di penghujung ini..insyaAllah